Wednesday, April 3, 2013

Sekadar Renungan Bersama Menjelang Hari Yang Pasti

“Bismillahirrahmanirrahim, 
Sekadar renungan bersama menjelang hari-hari yang dinantikan... Bacalah dengan seikhlas hati... Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. 
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.” 
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” 
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?” 
Allah Taala berfirman: Setiap seribu orang yang kamu ingin hantarkan seorang ke syurga, 999 dari orang-orang itu kau hantarkan ke neraka.” 
Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.” 
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
—————————————————————–
Selepas peristiwa Zalzalah… Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur menuju ke hari neraka… dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)… dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut…”
Hadis Sahih Riwayat Bukhari
—————————————————————–
Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.
Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menenati di padang pengadilan.

Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.

to be continue...


Monday, April 12, 2010

APA KERJA SEBENAR UMAT INI

Untuk ubah keadaan dunia tak perlu ramai orang... 1 orang dah cukup.. nabi dlu pun 1 orang ja.. bila nabi terima wahyu baginda menggigil..balik rumah,khadijah R.Aha lihat wajah nabi yang mulia dalam keadaan pucat.. badan yang letih..kemudia khadijah selimutkan nabi S.A.W .. turun lagi jibril sampaikan wahyu.. "ya aiyuhal mudatsir! " wahai orang yang berselimut.. "qum fa an zir" bangun dan berilah peringatan.. kemudian nabi bg tahu khadijah;"wahai isteriku lipatlah alas tidurku ini "la rauhata ba'dal yaum"selepas hari ini tiada rehat lagi bagi ku" hari ini semua orang islam mahu agama maju,tapi masih lagi duduk atas sofa pasang aircond peluk anak bini sambil tengok forum ehwal islam..tengok oasis..konon nak menghidupkan keluarga harmoni dalam islam.. berilmu ,beriman ,beramal..apa ni semua.. nak agama maju macam ni? ulang lagi.. macam ni agama akan maju? tuan-tuan.. agama di bina atas mujahadah..(kesusahan),nabi sudah dahulukan darah ,peluh dan air mata untuk beli hidayat yang ada pada kita skarang ni.. berapa ramai anak-anak para sahabah R.Hum dah di yatimkan.. berapa ramai wanita-wanita telah jadi janda.. ratusan nyawa telah syahid untuk sampaikan hidayat pada kita hari ini.? tapi dengan mudah kita kata "syukurlah aku islam.. syukurlah selamat kembali ketanah air,mudah-mudahan haji malboro.. syukurlah puasa tahun ni aku penuh syukurlah negarku islam syukurlah parti islam menang.." sedangkan depan mata kita hari2 manusia mati tanpa iman,bukan saja orang bukan islam,.. tetapi orang islam pun mati tanpa iman.. nabi bagi tau sesekali..(tak mungkin) iman akan bercampur dengan kekufuran.. orang mabuk arak..pada ketika itu iman yang ada pada dia akan tercabut sehingga dia hilang mabuk.. orang berzina..ketika dia berzina tu iman tercabut selagi tak bertaubat.. iman takkan masuk balik ..hari ini berapa ramai orang islam minum arak,mabuk ..bawa kereta ..excident.. mati? adakah dia mati tanpa iman? begitu jugak penzina.. bukan itu sahaja.. dosa yang besar meninggalkan solah..berapa ramai orang islam mati tanpa solat?.. ya Allah,.. semua ini berlaku depan mata,..bukan tersembunyi,.. dosa yang dilakukan secara sembunyi maka balanya nya akan datang kepada orang yang melakukannya sahaja.. tapi..dosa yang di lakukan secara open..live..semua orang nampak..bala akan datang sacara pekej kepada semua yang tahu dan nampak maksiat itu.. tuan-tuan hari ini kita lihat.. wanita bukak aurat belakang kita ka depan kita? orang islam tak solat bersepah mana-mana.. so..kalau bala turun adakah kita yang nampak ni akan selamat? no..no..no... kita pun akan sekali harung kena bala jugak beb..tak kira imam lebai tok siak.. pun pekej .. sebab apa? kita tak tegah maksiat ni dengan cara hikmah.. kita tak pimpin tangan -tangan yang berdosa ni kepada tangan yang memberi keampunan.. yang kita tahu.. HUKUM!!!..akta itu.akta ni..kanun tu..kanun syariah ni..palang 24 desh 21..dalam kurungan ini perenggan ke ini hukum tangkap basah.. ini..ini..ini.. hukum minum arak..ini..ini..ini..hukum tak posa.. ini..ini...ini.. kita anggap gantung poster si anu..inilah perjuangan..pangkah si pulan..inilah perjuangan..bila kita sudah di atas kita akan benteras yang di bawah.. konooonn...mahu duduk di atas tak mahu daki tangga dari bawah..boleh sampaika?nabi bina ummat ini dari bawah laa.. dari o.o.. adakah nabi suruh "wahai orang mekah.. 12 muharam nnti..kita ramai ramai bawa poster pangkah aku..'bila kita boleh kalahkan parti abu jahal kita boleh perintah mekah..kita buang semua berhala.."..adaka nabi buat cam ni?..pikir-pikirkan lah fatimah bg tau ..matahari blum keluar..nabi dah keluar dari rumah dengan baju yang putih bersih..matahari dah terbenam..nabi tak masuk rumah lagi.. malam dah larut..baru nabi pulang.. dengan pakaian yang penuh debu.. seorang sahabat bg tau..semasa aku belum islam.. aku juga pergi haji,..(orang jahiliah dulu pun ada musim haji jugak..tapi hanya adat ja)aku lihat seorang lelaki pergi dari kemah ke kemah di arafah.. dia masuk satu kemah.. tak berapa lama dia terpelanting keluar.. dia pergi lagi di khemah yang lain.. ditendang keluar..begitulah sepanjang malam.. setelah aku datang kembali untuk memeluk islam baru lah aku tahu orang itu adalah baginda nabi S.A.W. pernah ka kita jumpa ummat ni secara hati ke hati,slowtalk ngan ummat ni.. dengan kasih sayang..pujuk rayu,beritahu kelebihan amal agama ni..? yang kita tau mahu kerajaan islam..parti islam..persatuan islam..bank islam..seni islam..muzik islam..radio islam.. universiti islam..forum islam..islam..islam..last sekali semua islam..tapi orang tak islam.. nabi buat usaha supaya orang jadi islam..hari ini orang islam dengan bukan islam sebijik sama luar dalam,zahir batin.. orang kafir pakai jeans..orang islam pun pakai jeans.. orang kafir kaya..orang islam pun kaya.. orang kafir simpan duit bank islam.. orang islam pun simpan duit bank islam orang kafir beniaga time azan.. arang islam pun time azan terus beniaga jugak orang kafir punya paham dengan duit kita berjaya.. orang islam punya kepahaman pun kalau ada duit kita berjaya.. apa nak jadi ni..? kita kena kembali kepada usaha orang islam yang asal ; imam malik RAH.bg tau"umat ini hanya boleh di islah (diperbaiki) dengan cara ummat di awal agama ini di perbaiki" so sekarang kita dah jauh dari kerja asal kita.. tak da cara lain melainkan dengan kita kembali buat kerja yang diwariskan kepada kita.. tuan -tuan..untuk ubah dunia ni tak perlu ramai.. 1 orang dah cukup.. tapi,.. 1 orang yang macamana?.. orang yang sanggup bagi seluruh hidup atas apa yang dia buat.. sanggup hilang harta untuk agama.. snggup hilang segala-galanya untuk agama.. sanggup hilang martabat dunia kerana agama.. "aku sanggup tak makan sampai aku mati, tapi aku tak sanggup mati tanpa aku buat kerja nabi ini" sekarang ni kita kena buat keputusan..agama maksud hidup..dalam bahasa urdhu" nabi kei kam hamara kam hei".kerja nabi kerja saya.. kita kena jadikan siang kita seperti siang nabi.. malam kita sperti malam nabi..kerisauan kita seperti kerisauan nabi..maksud kita (matlamat)seperti maksud nabi.. INSYAALLAH!!!!

usaha atas iman

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh… Bismillaahirrahmaanirrahiim


Apa yang terjadi ketika air di letakkan di dalam freezer yang bersuhu 0 darjah celcius, tentu air akan membeku, begitu juga apabila air yang sudah membeku tadi di keluarkan dari dalam freezer dan di letakkan di satu tempat yang bersuhu mencapai 38 darjah celcius pastinya dalam hitungan minit air yang beku itu akan mencair dan kembali menjadi air seperti semula ketika sebelum di masukkan ke dalam freezer. Mengapa hal tersebut boleh terjadi ? kerana air sangat bergantung dengan suasana dan keadaan. Begitu juga iman kita hari ini yang masih sangat di pengaruhi oleh suasana dan keadaan sepertinya sifat air.


Hal seperti ini akan semakin jelas ketika menjelang Ramadhan , dimana kita berbondong-bondong menjadi orang yang mendadak alim. Namun sayangnya ketika cahaya syawal mulai menjelang kita kembali seperti semula sebagaimana air yang membeku di keluarkan dari dalam freezer, lambat laun, perlahan tapi pasti iman kita makin lama semakin menipis baik disedari atau tidak ( tapi sebagian besar dari kita menyedari akan penurunan iman kita ).



Iman merupakan perkara yang sangat penting , lebih penting hanya dari sekadar makan dan minum, kerana iman lah yang membuat para sahabat ra mulia dan membuat Fir'aun, Qorun, Nambrut menjadi hina, Iman juga dapat membuat hamba menjadi tuan dan tuan menjadi seorang hamba ( kisah nabi Yusuf dan Zulaikah ) .Iman bukan perkara yang begitu saja turun dari langit seperti hujan, melainkan iman hanya akan datang apabila kita ada usaha atas perkara itu, sebagaimana hari ini kita faham , wang hanya akan datang kalau kita ada kerja untuk mendapatkannya, maka begitu juga hal nya dengan iman.


Dahulu para sahabat nabi berjuang mati-matian untuk perkara ini, Bilal ra rela disiksa dan di tindih batu yang besar di atas terik padang pasir yang panas demi mendapatkan iman, Sumayah Ummu Amar r.ha telah menjadi syahid setelah ditombak kemaluannya oleh Abu Jahal demi mempertahankan imannya.Para sahabat nabi sangat faham atas hal itu , bahwa tiada yang lebih berharga di dunia dan akhirat selain iman. Dunia adalah darul asbab, semua perlu sebab, ingin menghilangkan lapar perlu makan, ingin menghilangkan haus perlu minum, ingin mempunyai anak harus kahwin. Begitu juga untuk mendapatkan iman, maka kita perlu usaha atas iman.



Allah swt menghendaki kita untuk bahagia, dan untuk bahagia kita harus mengamalkan agama. Allah swt, menjadikan agama untuk kebahagiaan, bukan untuk menjadikan manusia menderita.



Kalau ada orang yang mengamalkan agama hidupnya menderita bererti mereka mengamalkan agama yang salah yang tidak sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw. Semua orang ( baik awam mahupun ulama ) sepakat bahwa untuk menjayakan kembali umat Islam hanya dengan satu cara back to Islam ( kembali ke Islam ).
Hanya yang menjadi masalah adalah bagaimana mengembalikan ummat kepada Islam?



Ada yang berpendapat untuk mendatangkan agama kepada ummat Islam harus memiliki kekuasaan, ada juga yang mengatakan harus memiliki harta benda yang banyak.Kekuasaan tidak mendatangkan manusia kepada agama, mengapa?
Kita lihat Shirah Nabawi :



Kepada Rasulullah saw, ditawarkan kekuasaan oleh orang Quraisy, akan diangkat menjadi raja di Makkah bahkan tidak hanya orang Quraisy, tetapi Allah swt, juga menawarkan dengan menurunkan malaikat-Nya dan bertanya kepada Rasulullah saw, "Ya Muhammad apakah engkau ingin menjadi Mulkan Nabiyan ( Nabi yang raja seperti Sulaiman as, Daud as ) atau menjadi Abdan Rasullan ( Nabi yang hamba )."
Untuk menjawab pertanyaan ini Rasulullah saw memandang ke arah Jibril.
Jibril mengatakan , "Tawadu'ya Muhammad di hadapan Allah."
Maka Nabi memilih menjadi Abdan Rasullan. Bahkan gelaran tertinggi nabi adalah Abdullah.
Nabi mengatakan ,"Aku duduk seperti duduknya hamba dan makan seperti makannya hamba." Bahkan menurut beberapa riwayat di rumah nabi berbulan-bulan tidak ada makanan selain air dan kurma.
Bayangkanlah kalau kita ada di posisi nabi sekarang , maka pasti kita akan memilih kekuasaan, lantas kita akan berkata kepada semua orang dengan gaya seperti Abu Jahal dan Abu Lahab, " Kemarilah kalian, masuklah Islam, jika tidak , aku penggal kepalamu." Astaghfirullah.



Harta benda tidak memajukan orang dalam agama. Ada seorang ulama menyampaikan bayan (ceramah), "Wahai saudara! wang kamu tidak akan memajukan kamu dalam agama.".
Orang kaya memprotes, mereka berkata , "Wahai syaikh, kami akan buktikan bahwa wang akan memajukan kami dalam agama!"
Maka orang kaya itu pergi ke masjid dan mereka melihat orang miskin duduk di shaf pertama sedangkan orang kaya di shaf ke dua. Orang kaya itu berkata kepada orang miskin itu, "Wahai saudara! Saya beri kamu wang asalkan tempat kamu saya gantikan." Orang miskin itu setuju dan wang berpindah tangan, orang kaya di shaf pertama, dan kini orang miskin di shaf kedua.
Orang kaya beranggapan bahwa wangnya mampu memajukan dia dalam agama, "Syaikh! Tuan salah, Tuan mengatakan bahwa harta tak memajukan kami dalam agama, tetapi ternyata kami maju karena wang yang ada pada kami."
Syaikh bertanya, "Bagaimana bisa terjadi?"
Orang kaya itu berkata,"Di masjid ada seorang miskin yang duduk pada shaf pertama dan kami ada di shaf kedua, lalu kami beri dia wang agar ia berundur dan kami maju. Kerana wang kami maka kami maju, itu tandanya wang kami akan memajukan kami dalam agama!".
Syaikh bertanya, "Wahai Saudaraku, ketika wang ada padamu, kamu berada di shaf ke berapa?".
Jawabnya, "Di shaf ke dua."
Syaikh bertanya, "Ketika wang tiada pada kamu maka kamu berada di shaf keberapa?".
Jawabnya, "Di shaf pertama".
Syaikh berkata, "Ketahuilah wahai saudara! Ketika wang ada padamu justru kamu berada di shaf kedua ( kamu mundur ), dan ketika kamu ubah menjadi sedekah maka kamu ada di shaf pertama. Jadi bukan wang yang memajukan kamu, tetapi sedekah kamu. Dan orang miskin yang menerima wang kamu menjadi mundur, wang menjadikan dia di shaf kedua."
Kepada Rasulullah ditawarkan kekayaan oleh orang Quraisy, bahkan Allah swt. menawarkan melalui malaikat Jibril, "Ya Muhammad, Jika engkau mahu maka akan kujadikan semua gunung di Hama menjadi emas".
Rasulullah saw menjawab,"Aku lebih suka sehari lapar sehari kenyang, pada saat aku lapar aku akan bersabar dan pada saat aku kenyang aku dapat bersyukur".



Cuba kalau kita yang ada di posisi nabi sekarang , maka pasti kita akan memilih kekayaan, lantas kita akan berkata kepada semua orang dengan gaya seperti Abu Jahal dan Abu Lahab, " Nah, satu gunung emas buat kamu, asalkan kamu masuk Islam." Astaghfirullah. Dakwah Nabi tidak mengenal kekuasaan atau benda-benda/kekayaan. Mengapa? Agar manusia murni mengenal Allah, mengenal kehebatan-Nya, kekuasaan-Nya tanpa tercampur dengan apa pun. Kerana iman yakin yang sedemikian akan menjamin keamanan dan hidayah bagi manusia.



Lantas apa yang mesti kita lakukan agar iman kita tetap stabil?.Sebagaimana air yang tetap membeku bila di dalam freezer , maka begitu juga kita, tapi bukan bererti iman kita di masukkan ke dalam freezer, melainkan kita mencari cara yang akan membuatkan iman kita tetap stabil malahan semakin meningkat, seumpama freezer yang menukarkan air menjadi ais.Dimulai dengan memilih teman-teman yang mendorong ke arah kebaikan tersebut.dengan tak lupa mendakwahkan dan mempraktikkan kebaikan kepada orang lain, Dan dengan sekuat tenaga mengajak diri dan keluarga kita kearah kebaikan.Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa rumah yang di dalamnya dibacakan alqur'an yang mulia, maka berkat dan kebaikan akan memenuhi ahli rumah tersebut. Malaikat akan turun memenuhi rumah tersebut, dan syaitan akan keluar darinya. Sebaliknya bagi rumah yang di dalamnya tidak dibacakan alqur'an, maka kehidupannya akan penuh dengan kesempitan dan tiada keberkatan, malaikat akan keluar dari rumah tersebut, dan syaitan akan masuk memenuhi rumah tersebut. Sekarang pertanyaannya, Sudahkah hari ini kita membaca al-qur'an di rumah kita, atau kita masih sibuk membaca surat khabar.



Ayuh lakukan perubahan dimulai dari diri kita dan keluarga kita, jadi kan rumah-rumah kita seperti freezer yang dapat membentuk generasi yang mencintai Allah swt dan Rasul-Nya diatas segalanya.Mencari teman yang baik yang mendorong kearah kebaikan merupakan suatu yg harus dan tidak boleh di tawar-tawar lagi bagi orang yang ingin memperbaiki dirinya. bahkan ini menjadi suatu hal yang paling penting , dalam kehidupan seharianpun kita akan selalu mengawasi anak-anak kita agar tidak salah memilih teman kerana kita sama-sama tahu teman yang buruk seringkali memberikan kesan yang tidak baik, Dalam Islam memilih teman yang baik sudah menjadi suatu keharusan, bahkan banyak hadis nabi dan ayat aq-qur'an memberitahu akan hal itu.

1. Barangsiapa salah dalam memilih sahabat, akan menyesal di akhirat ( Al-Furqan:28)
2. Sahabat dapat menjadi teman atau musuh pada hari kiamat. ( Az-Zuhkruf: 67 )
3. Hendaklah berhati-hati dalam memilih sahabat kerana tidak semua orang boleh dijadikan sahabat.
4. Orang-orang yang berhak di jadikan sahabat adalah yang bersifat berikut :
a. Memiliki akal yang sehat ( Iman Ghazali )
b. Memiliki akhlak yang mulia ( Imam Ghazali )
c. Bukan ahli maksiat ( Al-Khafi:28 )
d. Tidak mengikut hawa nafsu ( ( Al-Khafi:28)
e. Tidak lalai berdzikir ( An-namj:29)
f. Ahli taubat ( Lukman : 15 )
g. bersedia berkorban untuk mu meskipun dia sendiri dalam kesulitan ( Al- hasyr:9 )
h. memberikan manfaat bagi kehidupan akhirat ( abu dawud, Daromi )
i. Tidak tamak terhadap dunia ( An-Nissa : 69 )
j. Orang yang selalu takut terhadap Allah ( Umar bin khathab. ra )



Bahkan Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani rah.a menulis dalam bukunya yang berjudul "menjadi kekasih Allah " Jauhilah teman-teman yang buruk. putuskan keakraban dengan mereka. bergaullah dengan orang-orang yang soleh. jauhilah kawan yang buruk meskipun dia dekat denganmu dan dekatilah orang yang baik meskipun dia jauh darimu. setiap pergaulan akan membawa pengaruh, jadi perhatikanlah dengan siapa engkau bergaul."



Berdakwah harus sesuai dengan cara nabi iaitu dengan perkataan dan perbuatan. Rasulullah saw melakukan kedua-duanya. yang terpenting yang harus kita ingat Orang yang mengerjakan dakwah akan di berikan kekuatan untuk mengamalkan agama. Orang yang mengerjakan dakwah tapi tidak meningkat dalam mengamalkan agama bukan dakwah namanya sebagaimana di tamsilkan, Garam Allah ciptakan memiliki sifat masin, kalau tidak masin bukan garam namanya.

HAKIKAT IMAN & ILMU IMAN

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh… Bismillaahirrahmaanirrahiim

Bahwasanya kebahagiaan , kejayaan dan nasib seluruh makhluk ada didalam genggaman Allah swt, kerana Allah swt AL-KHALIK (Yang Maha Pencipta ), Allah swt AL-MALIK ( Yang Maha Memelihara ), Allah swt AR-ROZZAQ (Yang Memberi Rezeki).


Seluruh makhluk bergantung kepada Allah swt. Seluruh makhluk di hadapan Allah swt sama ada kertas,duit,emas,batu,raja,nyamuk, bom,roti dan segala-galanya adalah sama-sama makhluk, sama-sama tidak boleh memberikan manfaat dan mudarat tanpa izin Allah swt, raja boleh membunuh nyamuk, nyamuk pun boleh membunuh raja, laa ilaha hailallha


Allah swt adalah zat yang Maha ada, Allah swt ada sebelum seluruh makhluk-Nya ada dan Allah akan tetap ada walaupun seluruh makhluk sudah tidak ada, Andaikan seluruh makhluk berkumpul dan mengatakan bahwa Allah swt tidak ada maka Allah swt akan tetap ada, mengapa demikian??? kerana Allah ada sebelum kata-kata ada ini ada dan Allah swt akan tetap ada walaupun kata-kata ada ini sudah tidak ada, laa mawjud illa Allah ( tiada yang maha ada kecuali Allah ).


Saudaraku, Iman adalah menyakini sesuatu yang tidak nampak ( Allah swt, para Nabi dan Rasul, Surga, Neraka, Malaikat, dst ) dan membohongkan apa yang hari ini nampak ( dunia dan seisinya ) kerana pada hakikatnya sesuatu yang nampak di mata kita hari ini kelak ketika hari kiamat semuanya sudah menjadi tiada lagi. Maka untuk perkara ini kita lagi dan lagi kena bicarakan dan dakwahkan agar hakikat iman masuk kedalam hati kita.


Hakikat Iman akan masuk kedalam hati apa bila kita mahu berkorban harta dan diri untuk perkara-perkara bagaimana mendakwahkan agama Allah swt. Hakikat iman tidak akan masuk jika kita hanya kita duduk mengkaji iman tanpa mahu usaha atas iman. Kalau kita hanya duduk mengkaji tentang iman maka Insya Allah Ilmu tentang Iman mungkin kita dapati tetapi untuk hakikat iman belum tentu Allah swt akan beri.


Dakwah merupakan sarana bagaimana supaya hakikat iman itu tumbuh didiri kita oleh kerana 124 ribu Nabi dan Rasul Allah swt utus ke muka bumi ini hanya untuk perkara-perkara ini saja.Tanpa buat dakwah hakikat iman tidak akan masuk hatta Nabi sekali pun yang mengajarkan kita. Kita dapat lihat hal ini pada kisah Nabi Musa, ketika Nabi Musa as belum buat dakwah dan hanya belajar iman berpuluh-puluh tahun dengan Nabi Syu'aib as ( mertua Nabi Musa as ) maka Hakikat iman belum masuk ke dalam dirinya. Nabi Musa hanya tahu Ilmu iman tetapi kerana belum buat dakwah Nabi Musa as belum tahu apa itu hakikat iman yang sebenarnya.


Ketika Allah swt perintahkan Nabi Musa as untuk berdakwah kepada Fir'aun. Maka Nabi Musa pun berdalih, bahwa kalau dia pergi berdakwah lantas siapa yang akan menjamin rezeki istrinya. Seketika itu, Allah SWT memerintahkan Musa untuk memukulkan tongkatnya ke sebuah batu. Setelah berkali-kali dipukulkan dan batu pun terbelah, ternyata dalam pecahan batu tersebut terdapat seekor ulat yang sedang menikmati makanan berupa daun sambil bertasbih "Subhana man yaraani, wa yasma'u kalaami, wa ya'rifu maqaami, wa yarzuqunii, wa laa yansaanii ( maha suci Allah yang melihatku, mendengar perkataan-perkataanku, mengetahui kedudukanku, memberiku rezki dan tidak pernah melupakan aku )". Kerana Nabi Musa belum buat dakwah waktu itu maka kebesaran makhluk masih ada didirinya sehingga dirinya lupa bahwa yang memberi rezeki bukan dirinya melainkan Allah swt sedangkan makhluk tidak dapat memberikan manfaat dan mudarat tanpa izin Allah swt


Dalam kisah yang lain ketika Allah swt bertanya kepada Nabi Musa as, : " Apa yang ada ditanganmu wahai Musa?", Maka Musa as katakan : " Inilah tongkatku, Aku memerlukannya untuk mengambil daun bagi kambingku, bagiku juga tongkat ini memiliki kemanfaatan yang banyak".Lagi-lagi kerana Musa as belum buat dakwah hanya tahu ilmu iman belum hakikat iman maka kebesaran makhluk masih ada dihatinya, Musa as yakin bahwa tongkatnya akan beri manfaat kepada dirinya, ia lupa bahwa manfaat dan mudharat datang dari Allah Swt. Akhirnya Allah Swt tarbiyat dan memerintahkan Nabi Musa as untuk melemparkan tongkatnya "Lemparkan Wahai Musa"!!Maka ketika tongkatnya itu dilemparkan, tongkat itu berubah menjadi ular yang bergerak cepat. Ular itu langsung mengejar Musa as sehingga Musa as takut dan melarikan diri, bayangkan barang yang tadinya memberi manfaat berubah menjadi mudharat atas izin Allah Swt.


Sekarang kita dapat lihat ketika Nabi Musa sudah buat dakwah maka kebesaran makhluk hilang di hatinya sehingga ketika Nabi Musa as dan pengikutnya dikejar oleh Fir'aun sampai ke tepi laut maka Nabi Musa tidak takut lagi, Mengapa??? Kerana Nabi Musa sudah buat dakwah sehingga hakikat iman sudah masuk di dalam dirinya dan dirinya yakin Allah pasti bersamanya, maka seketika itu juga Allah swt perintahkan Nabi Musa as untuk memukulkan tongkatnya kelaut dan seketika itu juga lautan menjadi daratan yang dapat di lalui oleh Nabi Musa as dan pengikutnya dan di waktu yang sama pula lautan tersebut kembali menjadi air dan menenggelamkan Fir'aun dan bala tentaranya, Mengapa ??? Kerana hakikat menenggelamkan dan menyelamatkan bukan ada pada lautan melainkan ada pada genggaman Allah swt , ini lah yang di sebut dengan hakikat iman.


Saudaraku untuk perkara-perkara ini lah maka lagi dan lagi sampai tiada lagi, hari demi hari sampai tiada hari kita bicarakan perkara iman, setiap hari kita luangkan waktu untuk jumpa manusia dan kita bicarakan perkara-perkara yang dapat meningkatkan iman kita, katakan bahwa Allah swt AL-KHALIK (Yang Maha Pencipta ), Allah swt AL-MALIK ( Yang Maha Memelihara ), Allah swt AR-ROZZAQ (Yang Memberi Rezeki). Kalau kita sering membicarakan perkara-perkara tersebut insya Allah hakikat iman Allah swt akan beri kepada kita. Kerana iman adalah sesuatu yang sangat berharga dan iman harus 100% kepada Allah swt andai kita hanya membawa 99.9% iman maka Allah swt akan tolak kita dan Allah swt akan rendam kita di dalam neraka-Nya. Nauzubillah summa nauzubillah


Semoga Allah swt selalu sibukkan diri kita dalam Agama, sehingga kita dapat mengorbankan waktu kita, harta kita, diri kita untuk agama, sehingga kelak Allah swt matikan kita dalam memperjuangkan agama, amien

Dakwah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh… Bismillaahirrahmaanirrahiim


Sedarkah kita bahwa alam semesta Allah swt ciptakan untuk manusia sebagai ujian, sedangkan manusia Allah swt ciptakan untuk negeri akhirat , barang siapa yg tahu maksud dia di ciptakan maka akan berjaya begitu juga sebaliknya, apabila kita tidak mengerti maksud Allah ciptakan kita maka kegagalan dari sejuta kegagalan yang akan kita terima , baik di dunia yang sementara ini mahupun di akhirat yang selama-lamanya.


Allah swt ciptakan kita untuk meneruskan kerja Nabi saw, mengajak umat untuk takluk dan taat kepada Allah swt.


Sebagaimana firman-Nya : " Kamu(umat Muhammad) adalah sebaik-baiknya umat yang di lahirkan untuk faedah manusia, kamu menyeru ( berbuat ) kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah swt."


Ertinya kita adalah umat terbaik dan akan tetap menjadi umat terbaik apabila ada 3 perkara dari diri kita : menyeru ( berbuat ) kebaikan, mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada Allah swt. Tetapi apabila 3 perkara ini tidak ada dalam diri kita maka kehancuran dan kehinaan yang akan terjadi.


Kalau kita lihat di dalam alqur'an hanya beberapa ayat saja yang berkenaan dengan ibadah ( shalat, zakat , puasa dst ) tapi ayat-ayat yang membahas tentang dakwah ( menyeru berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran ) begitu banyaknya.


Banyak ayat yang menceritakan dakwah para nabi terhadap kaumnya dan bagaimana para nabi mendapatkan kesulitan dalam berdakwah, bahkan di dalam alqur'an juga diceritakan dakwah para binatang ( burung hud-hud dan semut pada zaman Nabi Sulaiman as ) intinya hampir keseluruhan isi alqur'an berisikan tentang dakwah dan bagaimana dakwah itu di buat.


Dakwah adalah mutiara di awal zaman dan akan tetap menjadi mutiara di akhir zaman. Allah swt utus 124,000 Anbiya sejak Nabi Adam as sampai Nabi Muhammad saw hanya untuk dakwah, mereka menghabiskan waktu dan fikirnya agar bagaimana setiap hati manusia kenal dan taat kepada Allah swt.


Membentuk hati manusia merupakan perkara yang sangat penting, agar sifat-sifat mulia masuk pada setiap diri manusia. Apabila sifat-sifat yang mulia ini masuk ke dalam diri manusia, mereka akan taat pada perintah Allah swt, dan akan meninggalkan seluruh larangan Allah swt. Namun sebaliknya jika hati tidak punya sifat-sifat mulia, manusia akan menjadi lebih "buas" daripada binatang.


Dahulu dikota Makkah kaum jahiliyah sangatlah buruk akhlaknya. Ditengah-tengah kejahilan kafir Quraisy, Nabi Muhammad saw dilahirkan. Sejak ia lahir sampai berusia 40 tahun tidak ada dakwah sehingga orang-orang kafir Quraisy belum berubah. Setelah berumur 40 tahun beliau diangkat menjadi Nabi. Sekembalinya dari Gua Hira , Nabi saw mulai berdakwah di ....kota.... Mekkah.


Lelaki pertama yang menerima dakwah beliau adalah Abu Bakar Shiddiq ra., Wanita pertama yang mengakui kerasulan Muhammad saw adalah istri beliau Khadijah r.ha. dan pemuda yang masuk Islam adalah Ali bin Abi Thalib.


Dengan berbagai pengorbanan , rintangan dan tentangan serta fikir, risau dan gerak Rasulullah saw dan para sahabat memulai dakwah ini. Mereka yakin dengan janji-janji Allah, menyandarkan hanya kepada Allah atas setiap permasalahan hidup. Yang pada akhirnya penduduk Mekkah dan Madinah begitu banyaknya masuk Islam. Suasana dan keadaan tanah Hijaz Jajirah Arab berubah menjadi sumber hidayah ke seluruh alam.


Kita lihat Bani Israil, mereka anak cucu Nabi yang berpusat di Mesir. Mereka keturunan para Nabi, tapi kerana meninggalkan dakwah maka Allah swt hinakan mereka.


Kesimpulannya, jika dakwah dibuat maka akan lahir dari rahim-rahim wanita kafir para pejuang agama ( para sahabat nabi ), tapi apabila dakwah ditinggalkan maka akan lahir dari rumah-rumah orang Islam para penentang agama.


Apabila setiap hari kita buat dakwah maka akan lahir keyakinan yang sempurna terhadap Allah swt, kerana sesungguhnya dakwah merupakan sarana tarbiah untuk mencapai kesempurnaan iman secara bertahap-tahap. Dengan dakwah setiap orang diharapkan :





1.Yakin / Iman mereka seperti Iman dan Yakinnya Nabi saw.


2.Risau dan Fikir seperti risau dan fikirnya Nabi saw.


3.Maksud / tujuan hidup seperti Maksud / tujuan hidup Nabi saw.


4.Mizas kecintaan seperti Mizas / kecintaan Nabi saw.


5.Tertib hidup seperti tertib hidup Nabi saw.



Ukuran kerja dakwah adalah bagaimana semakin hari para pekerja dakwah semakin dekat dengan Allah swt, Iman , amal dan hatinya hari demi hari menjadi baik. Hubungan dengan keluarga semakin baik , dengan tetangga, dengan rakan-rakan di kolej dan lain2 sebagainya menjadi baik. Bila kita buat dakwah hari-hari tapi Iman , amal dan hatinya tidak berubah masih sama seperti ketika kita belum buat dakwah, bererti ada yang salah dengan dakwahnya atau barang kali ada yang salah dengan niatnya ketika berdakwah. ....



Ukuran kerja dakwah bukan untuk orang lain tapi diri kita, adakah diri kita ini semakin dekat dengan Allah atau tidak kerana Allah swt tidak melihat hasil dari usaha kita , tapi Allah swt melihat kesungguhan dan ketaatan kita dalam menjalankan setiap perintah-Nya ....


Sebagai mana di ceritakan ketika Ibrahim telah menyelesaikan pembangunan ka'bah, dia berkata : "Ya Allah, aku telah menyelesaikan pembangunan rumah-Mu yang suci." Allah pun menjawab,"Wahai Ibrahim, serulah manusia niscaya mereka akan datang untuk mengerjakan haji ." Ibrahim as berkata,"Ya Allah, bagaimana suaraku akan sampai kepada mereka?" Allah menjawab, "Engkau hanya menyeru perintahku, sedangkan akulah yang akan menyampaikan kepada mereka.".....


Begitu juga dengan kita hari ini , lakukan saja yang menjadi tugas kita selebihnya biar Allah yang selesaikan. Nabi Nuh as buat dakwah selama 950 tahun hanya menghasilkan 83 orang bahkan anak dan Istri Nabi Nuh menentang dakwah Nabi Nuh. Tapi Nabi Nuh tetap buat dakwah semaksimal mungkin. Masalah ada yang suka atau tidak itu bukan urusan kita , yang menjadi urusan kita kalau kita tidak buat dakwah, kerana Allah pasti akan hinakan kita. Masalah ada orang yang menentang biar Allah swt yang selesaikan, tugas kita hanyalah lagi dan lagi buat dakwah untuk memperbaiki diri. ....


Kita dapat lihat Kaum 'Ad yang menentang Nabi Hud di hancurkan Allah dengan angin taufan. Kaum Tsamud yang menentang dakwah Nabi Shalih Allah hancurkan dengan bunyi trompet Malaikat, sehingga jantung mereka gugur. Begitu juga dengan Nambrut yang menentang Nabi Ibrahim as dan Fir'aun yang menentang Nabi Musa as. intinya kita lakukan apa yang Allah swt perintahkan selebihnya biar Allah swt yang selesaikan.....



Semoga Allah swt gunakan harta dan diri kita untuk agamanya, menjadikan dakwah maksud hidup, hidup untuk dakwah,dakwah samapi mati dan mati dalam dakwah dan membangkitkan kita kelak menjadi umat baginda Rasulullah saw. amien.....

Monday, March 29, 2010


Nahmaduhu wanusolli ala rasulihil karim... amma ba'du.. tuan tuan yang dimuliakan... sebenarnya kemuliaan ,kehinaan adalah juga ciptaan Allah.. sesiapa sahaja yang Allah S.W.T. kehendaki dia mulia.. maka tetap baginya kemuliaan walaupun berhimpun semua makhluk di langit dan di bumi berusaha untuk menghinakannya. begitu juga sebaliknya sesiapa sahaja yang Allah S.W.T kehendaki dia hina.. maka tetap baginya kehinaan walaupun berhimpun seluruh makhluk di langit dan di bumi berusaha untuk memuliakanya... untuk memuliakan seseorang..Allah tidak perlu naik kan atas takhta menjadi raja, atau menangkan dalam pilihan raya supaya dia jadi presiden atau beri dia rupa yang cantik,tampan sedapkan suara dia jadi artis.. atau beri dia harta,emas,perak,minyak,duit jadikan dia jutawan dan sebagainya... tetapi syarat kemuliaan disisi Allah adalah taqwa dengan iman yang tulin untuk dapat iman sedemikian maka usaha nabi S.A.W perlu di buat dengan cara yang nabi S.A.W telah buat.. untuk buat usaha nabi: tak perlu kerusi di parliment tak perlu Diploma,master,phd..double degree.. tak perlu memangkah atau di pangkah tak perlu angkat m-16,steyer,reifelt tak perlu buat Album nyayian nashid,ketuhanan... tak perlu buat persatuan islam.. tak perlu 1 sen rupiah punnn.. apa yang perlu.. adalah kerisauan dan keinginan terhadap agama.. bagaimana diri aku ini boleh amalkan agama cara nabi S,A.W..dan macamana ummat ini keseluruhannya boleh amalkan agama yang sempurna,mati dengan iman dalam ke Redho an Allah S.W.T ,selamat dari neraka masuk syurga tanpa hisab atau singgah dalam neraka sesaat pun. dengan kerisauan inilah akan gerakkan kaki untuk datang kepada perintah-perintah Allah S.W.T kaki ini juga akan bergerak dari pintu ke pintu jumpa manusia dari akar umbi penginapan manusia di muka bumi ini. telinga akan mencari-cari suara yang akan menceritakan kuasa mutlak Allah S.W.T telinga ini jugak akan menolak semua ketegori muzik dan bunyi hiburan mulut akan keluarkan suara membesarkan Dzat Allah S.W.T serta merendahkan kudrat makhluk.akan ceritakan hayat nabi-nabi dan pengorbanan dalam membuat dakwah serta kehidupan sahabah R.A.hum mulut ini juga akan mengeluarkan lafaz dzikir,pagi dan petang dan setiap perbuatan akan di soundtrack kan dengan doa masnun..kecuali di tandas, mulut ini jugak akan membaca Quran siang dan malam.. mata akan lihat objek yang halal di lihat,akan lihat kebaikan saudara islam dan kebaikan ummat, mata ini akan terbuka di tengah malam dan akan keluarkan air tangisan dalam doa jika terlihat kesalahan ummat tangan akan buat kebaikan pada umat,dan tangan ini juga akan menadah di tengah malam untuk rayu Allah S.W.T supaya selamatkan ummat seperti seorang pengemis menadah unutk sesuap nasi. hati akan sentiasa gelisah..tentang kehidupan Akhirat.. dan suatu persoalan akan menghantui fikiran:- "kalau aku mati sekarang adakah Allah S.W.T dengan aku?..apakah yang akan jadi pada ummat?..siapa yang akan pujuk mereka supaya datang kepada perintah Allah S.W.T..? adakah di akhirat aku boleh lepas dari mahkamah Allah. daripada dakwaan dan tuntutan ummat ini..?aku tak sampai lagi kerumah si fulan itu..sedangkan dia tahu aku selalu kemasjid..mungkin dia ternanti-nati baku datang kerumahnya.. kalau aku mati.. di Akhirat nnti dia tak akan lepaskan aku.. Ya Allah ampunkan aku".. aku solat..tetapi aku mencuaikan tanggungjawab UMMAT yang sebenar..ini adalah amanat nabi dan kekasihmu..tapi aku tak mampu sempurnakan dalam hayat ku"..ya Allah ampunkan aku.." adakah semua yang aku kata di atas perlu 1 sen? perlu undi? pangkah?perlu naik parliment? perlu sebutir peluru?perlu buat Album?perlu isi borang?perlu tubuhkan persatuan?perlu yuran?perlu itu dan ini..? haaaaa kan aku dah kata.. no need anythinks tapi perlu buat kerja nabi s.a.w cara nabi yang asal 1428 tahun dulu.. tanpa modifite ikut trend n kepala hotak sendiri.. dah tak perlu master mind lagi.. semua dah siap ada . peper work dah ada 6666 ayat tu la.. ikut jaa.. model dah ada Rasulullah s.a.w... n telah pun di praktikan oleh 124000 para sahabat R.A,Hum.. dan hasil dah terbukti..2/3 dunia (70% ) dunia ni bawah ta'luk orang islam.. masa tu xda internet pun..takda orang islam naik ke angkasa pun.. tak ada pilihan raya pun.. tak ada 1 kumpulan sahabat pun yang buat persatuan islam.. tak ada 1 album nasyid pun yang di nyanyikan oleh sahabat.. tak da universiti islam pun.. tapi anak2 orang islam jadi alim alimah.. hafiz hafizah.. besar ada yang jadi gabenor.. zaman hadrat umar islam merebak (explore) 52 batu (mile sehari).. kerajaan demi kerajaan kafir jatuh di bawah tapak kaki sahabat.. tanpa angkat sebilah pedang pun.. harta Rome Dan Farsi datang ke madinah ,gudang baitulmal di madinah tak cukup..sampai lebihan harta tu termasuklah mahkota Caisier (raja Rome)di longgok di padang pasir.. bebulan bulan terbiar.. sahabat tengok kemudian jalan..tengok..jalan ..tengok..jalan 1 sen haram tak ambik.. bila hadrat umar R.A kira harta ni 1 cincin pun tak hilang.. cek punya cek 1 mahkota jatuh tergolek kena kaki hadrat umar... dia pun geleng kepala..kemudian dia nangis dan dia kata "ini lah dunia..inilah yang kamu anggap kemuliaan.. kini kemuliaan kamu di bawah tapak kaki aku.. kalau lah benda ini baik..sudah tentu dia akan datang kepada orang yang terbaik..tapi sayang.. kamu tak datang semasa hayat kekasih ku Muhammad S.A.W..makhluk terbaik..sekarang.. pergi!!..jauh!..jauh!..jauh dari ku!.."hadrat umar R.A terus sepak mahkota ini.. jadi tuan tuan..atas usaha dakwah dan tabligh yang dilaksanakan oleh sahabat R.A Hum inilah kita dapat sembah Allah sehingga ke hari ini..oleh itu mula saat ini pertama-tama kita kena taubat,istighfar atas 1 dosa yang besar..iaitu..selama ini kita mencuaikan tugas dakwah ... dan kita trus terjun takkan tengok belakang lagi..tiada apa yang menghalang aku lagi dari membuat kerja sebenar aku sebagai ummat ini lagi.. dan jadikan agama ini maksud hidup... inshaAllah!!! untuk itu langkah pertama.. pergi masjid,jumpa dengan orang2 yang dah memang sedia ada dah buat kerja ini..bagi azam dengan mereka..ikut belajar iman..agama..kehidupan nabi..tinggalkan rumah..3 hari di surau lain atau lebih baik 40 hari di kawasan negeri kita atau negeri-negeri dalam negara kita..atau lagi..lagi..lagi..baik 4 bulan ke india pakistan dan bangladesh untuk lebih faham keja dakwah ini..azam!! insyaAllah..semoga Allah terima niat tuan2..amin..