Wednesday, April 3, 2013

Sekadar Renungan Bersama Menjelang Hari Yang Pasti

“Bismillahirrahmanirrahim, 
Sekadar renungan bersama menjelang hari-hari yang dinantikan... Bacalah dengan seikhlas hati... Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. 
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.” 
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” 
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?” 
Allah Taala berfirman: Setiap seribu orang yang kamu ingin hantarkan seorang ke syurga, 999 dari orang-orang itu kau hantarkan ke neraka.” 
Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.” 
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
—————————————————————–
Selepas peristiwa Zalzalah… Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur menuju ke hari neraka… dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)… dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut…”
Hadis Sahih Riwayat Bukhari
—————————————————————–
Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.
Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menenati di padang pengadilan.

Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.

to be continue...


No comments:

Post a Comment